fbpx
SHUIB menyertai keluarga baharu Suria FM apabila menggantikan kedudukan yang ditinggalkan Fizi Ali untuk segmen Suria Pagi.

Shuib penyampai baharu Suria FM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Teka-teki mengenai penyampai baharu segmen pagi di Suria FM yang menggantikan Fizi Ali terjawab apabila pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu diumumkan sebagai ahli keluarga terbaharu stesen radio tersebut bermula Isnin depan bergandingan bersama Suraya Borhan dan Ajak.

Pengumuman tersebut dibuat secara terbuka oleh Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai Suria Cinta iaitu DJ Lin sebelum tamat siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bertempat di IOI City Mall di sini sebentar tadi.

“Kita harap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya.

Jelajah Suria 90 Memang Cantik Kak Ell memasuki siri terakhir hari ini selepas menjelajahi beberapa negeri seperti Kuantan, Pahang, Alor Setar, Kedah dan Johor Bahru, Johor bermula awal bulan ini.

Hampir 12,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan gandingan artis 1990-an terkenal seperti Amir UK’s, Mus dan barisan artis popular seperti Dayang Nurfaizah serta Ziana Zain.

Tidak ketinggalan, persembahan turut diserikan dengan barisan artis muda seperti Haqiem Rusly, Wany Hasrita, Imsomniacks, Floor 88, Iman Troye, Amir Masdi, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Shuib bakal bergandingan bersama Ajak dan Suraya menerusi segmen Morning Morning Suria bermula Isnin ini.

Terdahulu, selepas enam tahun menabur bakti bersama Suria FM, Fizi yang juga bekas suami kepada pelakon Shakilla Khoriri membuat keputusan untuk meninggalkan stesen radio tersebut sekitar Julai lalu.

Fizi berkata, dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan memilih untuk tidak menyambung perkhidmatannya dengan Suria FM.

Teka-teki bahawa dirinya bakal menyertai Hot FM akhirnya terjawab apabila disahkan menjadi ahli keluarga baharu stesen radio tersebut bermula awal Ogos lalu bergandingan bersama pelawak Fad Bocey menerusi segmen Sembang Squad. – KOSMO! ONLINE

POPULAR