fbpx

Sasar 15,200 peniaga kecil berdaftar program ReDI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tiga kiri) diiringi Alaxander Nanta (dua kiri) melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di Dataran Kerayong di sini, hari ini.

BERA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan 15,200 peniaga kecil peruncitan mendaftar di bawah program Inisiatif Digital Peruncitan (ReDI) menjelang tahun 2025.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini, terdapat 5,321 peniaga kecil telah berdaftar di bawah program ReDI sejak ia diperkenalkan pada 6 April 2021.

“Bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai, KPDNHEP telah turun ke lapangan bersama rakan strategik penyediaan perkhidmatan e-dompet ke seluruh negara khususnya di luar bandar dan di lokasi terpilih.

“Bagi mencapai sasaran 100 peratus peniaga kecil berdaftar setiap tahun kita akan memastikan 3,750 penjaja dan peruncit akan berdaftar,”katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran program inisiatif ReDi peringkat kebangsaan dan penjenamaan semula program jualan murah keluarga Malaysia (JMKM) di Dataran Kerayong di sini.

Pelancaran program itu telah disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Alexander, objektif utama program ReDI ialah untuk merapatkan jurang digital di bawah sektor peruncitan yang melibatkan peniaga kecil melalui penggunaan e-dompet yang lebih mudah dan selamat.

Jelasnya, kajian kementerian mendapati sektor peruncitan di bandar adalah lebih pantas beralih kepada penggunaan e-dompet berbanding sektor peruncitan di luar bandar.

“Sekiranya tiada langkah proaktif di ambil oleh kerajaan golongan peniaga sektor peruncitan di luar bandar dijangka akan jauh ketinggalan dalam arus digitalisasi yang pesat berkembang.

“Oleh itu, sebagai kementerian yang mengawal selia sektor peruncitan KPDNHEP telah mengambil langkah pro aktif untuk melaksanakan Program ReDI di lokasi luar bandar terpilih dan menjadi tumpuan bagi memastikan seluruh sektor peruncitan di dalam negara dapat beralih kepada model perniagaan digital,” ujar beliau.

Sementara itu, jelasnya, KPDNHEP juga telah memperkenalkan sebuah program bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup Keluarga Malaysia susulan kesan inflasi iaitu Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJKM).

Ujarnya, PJKM telah dilaksanakan sebanyak 2,433 lokasi melibatkan 222 kawasan Parlimen di seluruh negara dan mendapat sambutan menggalakkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI