fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Salah bakal ‘amuk’ di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH dijangka bangkit membantu Liverpool, manakala Rodrigo mungkin mampu meneruskan prestasi terbaik.

SAINGAN Fantasy Premier League (FPL) kini sudah memasuki minggu keempat dan semua pengurus dijangka melakukan beberapa pertukaran berdasarkan keputusan perlawanan sebelum ini.

Ketika 10 perlawanan bakal berlangsung pada saingan minggu ini, sudah pasti ada beberapa pertemuan yang dilihat mampu menjadi lubuk mata buat setiap pengurus FPL.

Kosmo! kali ini berkongsi beberapa tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pertaruhan terbaik dalam usaha memburu mata maksimum.

KAPTEN
MOHAMED SALAH dijangka ‘meletup’ ketika melayan kunjungan Bournemouth di Anfield Sabtu ini selepas tewas 1-2 kepada Manchester United. Justeru, pemain antarabangsa Mesir itu dilihat sebagai calon terbaik untuk diletakkan sebagai kapten bagi saingan minggu keempat.

PENJAGA GOL
EDERSON pastinya mahu menebus kekecewaan itu dengan memastikan pintu golnya tidak dibolosi ketika melayan kunjungan Crystal Palace di Etihad selepas bolos tiga gol ketika bertemu Newcastle United sebelum ini.

PERTAHANAN
TRENT ALEXANDER-ARNOLD dilihat mampu mengutip enam mata penuh selain tambahan mata bonus jika berjaya melakukan jaringan atau mencipta gerakan gol menentang Bournemouth pada pertemuan Sabtu ini.

TENGAH
RODRIGO dijangka akan terus mencipta sensasi minggu ini bagi membantu Leeds United menewaskan Brighton apabila sudah meledak empat gol dalam tiga perlawanan terdahulu. Rodrigo pasti menjadi sandaran pengurus fantasi minggu ini.

PENYERANG
WALAUPUN tidak menjaringkan gol ketika bertemu Bournemouth minggu lalu, namun Gabriel Jesus merupakan nadi pasukan yang menggerakkan jentera serangan Arsenal. Bertemu Fulham minggu ini, dia dilihat mampu untuk kembali mencetak nama sebagai penjaring.

FORMASI
3-4-3

NILAI KESELURUHAN
£99.9

EPL
JADUAL PERLAWANAN

SABTU
SOUTHAMPTON lwn MAN. UNITED
Siaran langsung Astro 813, 7.30 malam

BRENTFORD lwn EVERTON
Siaran langsung Astro On The Go, 10 malam

BRIGHTON lwn LEEDS
Siaran langsung Astro On The Go, 10 malam

CHELSEA lwn LEICESTER
Siaran langsung Astro 813, 10 malam

LIVERPOOL lwn BOURNEMOUTH
Siaran langsung Astro 811, 10 malam

MAN. CITY lwn C. PALACE
Siaran langsung Astro 812, 10 malam

AHAD
ARSENAL lwn FULHAM
Siaran langsung Astro 811, 12.30 pagi

A.VILLA lwn WEST HAM
Siaran langsung Astro 812, 9 malam

WOLVES lwn NEWCASTLE
Siaran langsung Astro 811, 9 malam

N. FOREST lwn TOTTENHAM
Siaran langsung Astro 813, 11.30 malam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI