fbpx

Covid-19: 3,118 kes dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. /FOTO AMIR KHALID

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 3,118 kes semaalm termasuk tujuh kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,733,438 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,363 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,699, 584 orang.

Katanya, sebanyak 35,737 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 251.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,080 diikuti Kuala Lumpur (611), Sabah (294), Perak (244), Negeri Sembilan (160), Sarawak (105), Melaka (97), Pulau Pinang (95) dan Kelantan (94).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (82), Pahang (69), Kedah (65), Putrajaya (56), Terengganu (46), Perlis (12) dan Labuan (8),”kata maklumat itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,191.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,693 setakat ini.

Sebanyak 34,294 kes dikuarantin di rumah, 23 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,345 kes di hospital, 30 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 45 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI