fbpx

Penghantar barang ditetak lepas tuntut hutang bayaran kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa cedera pada bahagian lengan kiri dan kaki kanan akibat ditetak seorang lelaki dalam kejadian malam tadi.

AMPANG JAYA – Seorang penghantar barang berdepan detik cemas apabila diserang dan ditetak oleh seorang lelaki menggunakan parang di Jalan Mulia 1/1, Taman Mulia Jaya, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa yang berumur 41 tahun mengalami kecederaan pada bahagian lengan kiri dan juga kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai penghantar barang bersama seorang rakan sedang berbual-bual di hadapan sebuah kedai.

“Mangsa dikatakan ternampak suspek memegang parang panjang lalu mengejarnya.

“Mangsa kemudian ditetak dengan menggunakan parang oleh suspek menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian lengan kiri dan kaki kanan. Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian berlaku dipercayai berpunca apabila mangsa menuntut hutang bayaran kerja daripada suspek sekali gus menyebabkan suspek tidak berpuas hati dengan tuntutan berkenaan.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota polis telah memberkas seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun bersama sebilah parang di Taman Dagang, dekat sini sekitar pukul 11 malam hari yang sama.

Jelas beliau, hasil semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh mempunyai dua rekod kesalahan lampau dan reman terhadap suspek akan dipohon pada hari ini bagi siasatan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI