fbpx

Mahkamah: Penganggur dihukum mati bunuh warga emas selepas rogol, liwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satiaraj (tengah) dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang warga emas selepas merogol dan meliwat wanita tersebut. FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Perbuatan tidak perikemanusiaan seorang penganggur yang membunuh seorang nenek berusia 85 tahun selepas merogol dan meliwat tiga tahun lalu akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, hari ini.

Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikan terhadap tertuduh, K. Satiaraj,30, yang didapati bersalah selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Ab. Karim dalam penghakimannya memberitahu, kenyataan tertuduh bersifatkan penafian semata-mata apabila menyatakan tiada niat untuk membunuh.

“Ini kerana tertuduh telah menyumbat kain ke dalam mulut selain mengikat mulut sampai ke telinga. Ini menunjukkan tertuduh mempunyai niat mencederakan rongga pernafasan si mati.

“Ini (tindakan) tertuduh akan menyebabkan kelemasan tanpa udara yang membawa kematian agak tinggi (kepada si mati),” katanya.

Jelas Ab. Karim, keterangan tertuduh bahawa semasa kejadian berada dalam keadaan mabuk disebabkan dadah juga tidak boleh diterima ekoran tertuduh tidak mempunyai masalah untuk menceritakan kejadian itu.

Ini termasuk pecah masuk rumah si mati untuk mencuri, mengetahui tutup mulut akan membuatkan si mati tidak menjerit dan mengikat tangan si mati supaya tidak memboleh membuka mulutnya.

“(Kesalahan) rogol dan liwat, tertuduh telah akui salah. Tertuduh juga telah menyelongkar almari si mati dan mengambil rantai emas.

“Tertuduh juga telah meminta seseorang gadaikan rantai emas itu. Justeru, sebelum, semasa dan selepas (kejadian) tertuduh berada dalam keadaan normal,” ujarnya.

Justeru, Ab. Karim menegaskan tiada hukuman lain dalam kesalahan ini kecuali hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan, Satiaraj telah membunuh seorang wanita berusia 85 tahun di sebuah rumah flat di Kampung Tasik Tambahan, Ampang dekat sini antara 11.40 pagi hingga 1 tengah hari pada 19 September 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili Peguam Salidin Mohd. Yasin.

Sepanjang prosiding kes bermula 2 Disember tahun lalu seramai 19 saksi pendakwaan telah dikemukakan dengan pembelaan dilakukan menerusi keterangan tertuduh di kandang saksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI