fbpx

Bentang bajet awal perkara biasa – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri melancarkan Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk, Kuala Lumpur. FOTO: MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Pembentangan bajet diawalkan dari tarikh sepatutnya adalah perkara biasa malah, ia pernah dilakukan sewaktu kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu, tarikh pembentangan Bajet 2023 perlu menunggu pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Ia perkara biasa (pembentangan awal). Memang dahulu zaman Tun Abdullah buat bulan September.

“Tunggu pengumuman menteri undang-undang,” katanya ketika ditanya laporan berhubung pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 28 Oktober depan kini diawalkan pada 7 Oktober.

Memetik laporan sebuah media, perubahan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri dalam Mesyuarat Kabinet berlangsung pada Jumaat.

Laporan itu memetik, keputusan terbaharu itu menyaksikan pembentangan penting itu diawalkan tiga minggu dari tarikh jadual asal, menjadi petunjuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal diadakan tidak lama lagi.

Terdahulu, Ismail Sabri melancarkan penganjuran Karnival UDA USHAniaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk di sini, bermula hari ini hingga Ahad.

Karnival tersebut anjuran UDA Holdings Berhad (UDA) berlangsung dari Ogos hingga Oktober melibatkan pelbagai tempat dengan sasaran 100 usahawan di setiap lokasi.

Selain Odeon Walk, ia turut berlangsung di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang (16 hingg 18 September), Serambi Teruntum Kuantan, Pahang (23 hingga 25 September), Angsana Ipoh Mall, Perak (30 September hingga 2 Oktober) dan Angsana Johor Bahru Mall, Johor (21 hingga 23 Oktober). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI