fbpx

EPL: Arsenal kini dalam pemantauan UEFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mendapat sokongan kewangan yang baik daripada Arsenal untuk mendapatkan pemain baharu dalam tempoh kebelakangan ini. – AFP

LONDON – Selepas ‘ghairah’ me­lakukan pembelian, Arsenal kini dilaporkan menjadi salah satu daripada 20 kelab yang sedang diperhatikan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah UEFA berhubung kemungkinan berlakunya pe­langgaran Peraturan Kewangan Adil (FFP).

Setakat musim lalu, UEFA sudah pun mengenakan sekatan kepada 10 kelab yang didapati melanggar peraturan FFP termasuk Barcelona, Paris Saint-Germain, Juventus, Inter Milan dan AS Roma.

Sejak beberapa musim lalu, Arsenal sudah pun membelanjakan sejumlah dana yang agak besar dalam urusan pembelian pemain bagi menyokong usaha Mikel Arteta melakukan pe­rancangan bagi mengembalikan kelab ke saingan Liga Juara-Juara.

Musim lalu, Arsenal sudah pun berbelanja £150 juta (RM794.5 juta), malah sepanjang musim panas kali ini turut menyaksikan The Gunners terus rancak dalam melakukan pembelian pemain.

Kali ini Arsenal sudah pun mengeluarkan dana £120 juta (RM635.6 juta) bagi mendapatkan lima pemain baharu dan jumlah itu mungkin akan bertambah sekiranya mampu menoktahkan perjanjian bersama Pedro Neto dan Youri Tielemans.

Bagaimanapun, Pengarah Sukan Arsenal, Edu sebelum ini pernah memberitahu bahawa kelab itu tidak akan menghentikan aktiviti pembelian pemain dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Saya fikir kami perlu bersedia dengan setiap situasi. Jendela perpindahan masih lagi dibuka dan perkara terpenting adalah bersedia dengan semua senario,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI