fbpx

Lewandowski buka ‘akaun’ dengan dua gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWY menamatkan penantian penyokong Barcelona apabila meledak dua gol ketika membantu pasukan itu membenam Sociedad awal pagi semalam. – AFP

SAN SEBASTIAN – Penggempur utama Barcelona, Robert Lewandowski menyambut ­ulang tahun kelahirannya yang ke-34 semalam dengan penuh bermakna apabila meledak dua gol menewaskan Real Sociedad 4-1.

Lewandowski cuma me­ngambil masa 44 saat untuk membuka tirai jaringan sebelum menyumbat gol peribadi kedua pada minit ke-68 dalam aksi La Liga di Stadium Anoeta awal pagi semalam.

Ia sememangnya melegakan para penyokong The Catalans selepas Lewandowski gagal menemui sentuhan penyudah sewaktu seri tanpa jaringan dengan Rayo Vallecano pada aksi pertama minggu lalu.

Ketua Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez juga menarik nafas lega melihat kapten Poland itu membuktikan kehebatannya selepas dibeli daripada Bayern Munich awal musim ini.

“Minggu lepas amat me­ngecewakan, tetapi kemenangan ini secara tidak langsung akan menguatkan sema­ngat kami untuk menghadapi aksi-aksi seterusnya.

“Saya mengambil risiko me­lakukan pertukaran (dalam kesebelasan utama) kerana kami perlu lebih agresif mencari gol. Saya gembira percaturan hari ini membolehkan kami menuai hasil.

“Kami boleh dikatakan bermain dengan lima pemain di bahagian serangan dengan Raphinha dan (Ansu) Fati di separuh masa kedua,” kata Xavi.

Dua lagi gol Barcelona dalam aksi itu diperoleh menerusi Ousmane Dembele dan Fati, manakala Alexander Isak menghadiahkan jaringan tunggal buat Sociedad. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI