fbpx

Indonesia sediakan 10,000 vaksin cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekalan vaksin cacar monyet di Indonesia hanya diberikan kepada pesakit yang disahkan dan kontak rapat. - Japan Times

JAKARTA – Kementerian Kesihatan menyediakan sebanyak 10,000 vaksin cacar monyet berikutan penemuan kes pertama penyakit tersebut di Indonesia, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

“Ada sekitar 10,000 vaksin yang kami sediakan,” kata Jurucakap Kementerian Kesihatan, Syahril dalam sidang media maya.

Syahril berkata, 10,000 vaksin itu akan diagihkan kepada pesakit cacar monyet dan kontak rapat mereka yang dipercayai terdedah kepada jangkitan virus tersebut.

Namun begitu, proses mendapatkan vaksin cacar monyet secara terbuka perlu mendapat pengesahan daripada Agensi Penyeliaan Makanan dan Ubat (BPOM).

Walaupun wabak cacar monyet telah diisytiharkan sebagai darurat kesihatan global, Syahril berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum menyarankan pemberian vaksin secara menyeluruh.

“Buat masa ini, WHO tidak memberikan saranan pengambilan vaksin beramai-ramai se­perti pandemik Covid-19. 

“Oleh itu, terdapat hanya dua atau tiga negara yang telah membuat vaksin dan kita juga dalam proses mendapatkannya,” kata Syahril.

Selain menyediakan vaksin, Kementerian Kesihatan juga telah menyediakan rawatan yang bersesuaian untuk pe­nyakit cacar monyet.

“Sudah tentu rawatan stan­dard lain telah diberikan kepada hospital dan sudah ada arahan daripada P2P (Pencegahan Kawalan Penyakit) Kementerian Kesihatan tentang langkah yang perlu diambil,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI