fbpx

FAM terima peletakkan jawatan Mohd Saifuddin Abu Bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SAIFUDDIN

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menerima surat peletakkan jawatan Setiausaha Agungnya, Mohd. Saifuddin Abu Bakar yang bakal menamatkan tugas secara rasmi hujung bulan ini.

Walaupun hanya dalam tempoh kurang setahun, badan induk itu tetap menghargai sumbangan Mohd Saifuddin yang disifatkan berjaya melunaskan tanggungjawab dengan sempurna.

“FAM ingin memaklumkan peletakan jawatan Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar selepas beliau mahu menumpukan kerjayanya ke peringkat antarabangsa.

“Mohd Saifuddin, 61, yang sebelum ini dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM bagi menggantikan Stuart Ramalingam berkuat kuasa pada 1 September 2021 akan meneruskan baki khidmatnya sehingga 31 Ogos.

“Jawatankuasa Eksekutif FAM dalam mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2021-2025 pada hari ini telah menerima peletakan jawatan tersebut dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Mohd Saifuddin atas khidmat cemerlang beliau sepanjang bersama FAM.

“Ini termasuk penganjuran perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jun lalu yang membawa skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023,” menurut kenyataan yang dikeluarkan FAM sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI