fbpx

Buli MRSM: Polis tunggu keputusan forensik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian baju pelajar yang dikoyak masih dalam siasatan MRSM Kuantan.

KUANTAN – Pihak polis masih menunggu keputusan forensik bagi melengkapkan kertas siasatan terhadap dakwaan kes buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan seperti sebelumnya iaitu di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat.

Mengulas dakwaan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Hasbi Habibulloh dalam kenyataan media yang ditarik semula semalam, Wan Zahari berkata pihaknya dimaklumkan berita berkenaan adalah tidak benar.

“Berita tersebut tidak benar dan telah dinafikan oleh unit korporat Mara dan Pihak kita akan meneruskan siasatan dan masih menunggu keputusan dari forensik,”katanya di sini hari ini.

Semalam beberapa media telah mengeluarkan kenyataan Hasbi mengatakan beberapa pelajar MRSM Kuantan yang terlibat dengan kejadian buli telah ditukarkan ke tempat lain.

Kenyataan itu bagaimanapun telah ditarik balik selepas satu lagi kenyataan daripada pegawai dari bahagian Komunikasi Korporat Mara, Adham Hatta menyatakan beberapa laporan berita yang dikeluarkan selepas sidang akhbar Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Haji Hasbi Habibollah di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA di Kuching, Sarawak semalam adalah tidak tepat.

Kenyataan terbabit bagaimanapun telah mula tular dan sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI