fbpx

‘Superman’ Seagate dicekup lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI empat rempit 'Superman' dirakam polis di Pantai Seagate, Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini semalam.

GEORGE TOWN – Keterujaan empat pelesit rempit melakukan aksi ‘Superman’ ketika berlumba haram di Pantai Seagate, Lebuh Raya Tun Dr. Lim Cheung Eu di sini akhirnya memakan diri apabila diberkas polis semalam.

Remaja berusia 16 hingga 19 tahun itu masing-masing ditahan dalam Ops Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Barat Daya dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang.

Video penunggang motosikal terbabit berjaya dirakam pasukan polis di lokasi kejadian sebelum tangkapan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, berdasarkan siasatan awal, kesemua mereka didapati menunggang motosikal secara berkumpulan serta melakukan aksi ala Superman sambil menduga kelajuan.

“Keempat-empat tangkapan telah direman selama tiga hari sehingga 23 Ogos untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak tujuh buah motosikal disita termasuk motosikal yang digunakan pesalah terbabit mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil pemeriksaan lanjut, sebanyak 28 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

”Pihak polis akan sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan pada setiap masa terutama ketika hujung minggu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI