fbpx

Raja Muda Perlis rasmi Richiamo Coffee ke-88 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) merasmikan cawangan ke-88 Richiamo Coffee di Arau, semalam.

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semalam berkenan mencemar duli merasmikan outlet Richiamo Coffee ke-88 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kafe yang terletak berhampiran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik itu telah beroperasi sejak Disember lalu.

Program berkenaan disekalikan dengan Kayuhan Peduli Majlis Agama dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke-56 bagi menyantuni asnaf yang turut disertai oleh ketua-ketua jabatan kerajaan serta badan swasta di negeri Perlis.

Turut hadir Naib Canselor UniMAP, Prof. Zaliman Sauli dan Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn. Bhd, Muhammad Zamry Abu Samah.

Pada majlis berkenaan, Richiamo Coffee turut menyampaikan sebahagian daripada pembayaran zakat perniagaan kepada UniMAP bernilai RM66,666.66. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI