fbpx

6 jam terkurung dalam bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan wanita tersebut yang terkurung selama 6 jam.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita ingin mengeluarkan wang daripada bank waktu tengah malam bertukar menjadi kelam kabut apabila pintu hadapan tertutup secara automatik.

Menurut perkongsian @Queenraisha di TikTok, dia terkurung di dalam sebuah bank ketika ingin melakukan transaksi di mesin teler automatik (ATM) sebuah bank sekitar pukul 12.49 tengah malam.

Sehubungan itu, dia turut panik akibat terkurung dan tidak tahu bagaimana untuk keluar dari situ, lalu dia mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.

Tambahnya, dia menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat urusan sekitar pukul 12 tengah malam agar peristiwa sama tidak berulang.

“Selepas enam jam baru bebas dari ‘lokap’ bank, keluar sahaja terus cari makan, perasaan tu macam bebas dari segala-galanya,” tulisnya.

Bagaimanapun tinjauan Kosmo! masih tidak dapat mengenal pasti kawasan berlakunya kejadian ini.

Selain itu, rata-rata orang awam memberikan pelbagai reaksi berhubung situasi yang dihadapi oleh wanita tersebut.

“Saya penjaga keselamatan bank, kebanyakkan bank akan tutup pukul 12 tengah malam secara automatik, sekian untuk mereka yang tidak tahu,” kata Wanmin11.

“Lain kali jangan datang lewat malam kalau nak ambil duit,” ujar Dinsardin.

“Saya juga pernah kena seperti ini kak, bertabah ya,” kata bingoy. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI