fbpx

Suspek kes tembakan bawa 2,000 butir peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENJATA api dan peluru yang dirampas daripada kenderaan suspek. - YOUTUBE

MONTGOMERY – Seorang lelaki Alabama yang disyaki terlibat dalam tiga insiden tembakan berbeza di lebuh raya Interstate 85 didapati membawa sejumlah besar senjata api dan lebih 2,000 butir peluru, demikian menurut polis seperti laporan laman berita New York Daily News kelmarin.

Polis berkata, tembakan Jerel Raphael Brown, 39, hanya mengenai seorang  mangsa  walaupun dia menghujani peluru ke arah tiga kenderaan berbeza dalam masa dua jam di serata negeri  Alabama dan Georgia pada Rabu lepas.

Tembakan pertama dilaporkan berlaku sekitar pukul 5.15 pagi (waktu tempatan)  di Montgomery. Brown menembak dan merosakkan kenderaan seorang wanita tetapi mangsa melarikan diri  dan tidak cedera.

Kira-kira sejam kemudian pada jarak sekitar 80 kilometer ke arah  timur di Auburn, Brown menembak seorang lelaki di belakang kepala semasa mangsa sedang memandu. Kata polis, lelaki berusia 45 tahun itu telah dihantar ke Hospital Montgomery dalam keadaan kritikal.

Satu jam selepas itu, dan kira-kira lebih 64 kilometer  lebih jauh ke timur di lebuh raya berkenaan di daerah i Troup County, seorang lelaki lain melaporkan bahawa seseorang dalam kereta Cadillac lama telah melepaskan tembakan ke arah kenderaannya. Lelaki itu bagaimanapun tidak cedera.

Polis mula memburu  kereta  Cadillac Fleetwood 1996 berwarna putih. Seorang anggota polis di daerah  Chambers County, Alabama melihat kenderaan itu dan menangkap Brown tanpa sebarang insiden.

Apabila polis menggeledah kereta suspek,  mereka menjumpai begitu banyak senjata di dalamnya.

“Oleh kerana jumlah senjata yang membimbangkan ditemui, digabungkan dengan tindakan ganas suspek,jelas  terdapat bahawa usaha dan kerjasama pantas  semua agensi yang terlibat berjaya  menamatkan serangan berbahaya terhadap orang awam dalam  pelbagai komuniti di beberapa negeri, ” kata Penolong ketua polis Auburn,  Michael Harris Khamis lalu.

Polis menyifatkan insiden tembakan itu sebagai serangan rambang  tetapi tidak menolak sebarang kemungkinan kerana  siasatan baru bermula. Brown telah dibawa ke Penjara Lee County berhampiran Auburn dan didakwa dengan cubaan membunuh. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received