fbpx

Sepupu OKU hilang, Mizz Nina minta bantuan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mizz Nina memohon bantuan ramai untuk mengesan sepupunya yang hilang sejak beberapa hari lalu.

PETALING JAYA – Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina meminta bantuan orang ramai untuk mengesan sepupunya yang kali terakhir dilihat berada di rumah di Kampung Baru pada 13 Ogos lalu.

Katanya, Khairina Mohd Hishamuddin yang juga orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran masih hilang hingga ke hari ini tanpa sebarang petunjuk.

“Sepupu saya hilang, dia OKU. Jika ada sesiapa ternampak boleh hubungi nombor yang tertera pada risalah.

“Tolong sebarkan. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Aamin,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram, kelmarin.

Pemilik nama sebenar Shazrina Azman itu turut memuatnaik gambar sepupunya berserta butiran peribadi lengkap wanita berusia 26 tahun itu.

Difahamkan, kali terakhir Khairina yang berketinggian 146 sentimeter dengan berat 50 kilogram (kg) dilihat di kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam perincian tersebut, Mizz Nina juga memaklumkan sepupunya tidak mempunyai telefon bimbit.

Menerusi ruangan komen pula selain pengikut, ramai rakan selebriti termasuk Che Puan Sarimah Ibrahim dan Datin Lisa Surihani menzahirkan doa.

Rata-rata komen meninggalkan kata-kata semangat selain berharap Khairina dapat ditemui dengan kadar segera serta berada dalam keadaan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN