fbpx
Tangkap layar menunjukkan keadaan kucing yang ditembak mati. – Instagram

Netizen kecam brigedier tembak mati beberapa ekor kucing termasuk yang bunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah klip video  memaparkan kejadian beberapa ekor kucing mati ditembak menjadi perhatian netizen Indonesia dengan ramai meluahkan rasa marah terhadap insiden penganiayaan haiwan itu, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, kejadian tersebut dikatakan berlaku berhampiran Pusat Latihan Staf dan Komando Tentera Nasional Indonesia (Sesko TNI) di Bandung, Jawa Barat.

Video itu memaparkan dua lelaki sedang menunjukkan keadaan dua ekor kucing yang sudah mati. Mereka memeriksa keadaan kucing-kucing itu selain beberapa ekor lagi yang masih hidup, namun mengalami kesan luka yang serius.

“Ini pelurunya, tertimbus di dalam kepala. Amat luar biasa kerana manusia tergamak bertindak begitu,” kata salah seorang lelaki dalam video itu.

Menurut keterangan pemilik akaun Instagram tersebut, tiga ekor kucing didapati sedang bunting, manakala dua ekor lagi masih hidup, namun dalam keadaan mata yang sudah hancur.

Video seterusnya pula memaparkan kucing-kucing yang telah mati dengan keadaan berlumuran darah.

“Kepada siapa kami harus mengadu?” tulis pemilik akaun tersebut.

Video itu mendapat perhatian Gabenor wilayah Jawa Barat, Ridwan Kamil yang kemudiannya menyatakan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Tidak lama selepas itu, Ketua Pusat Penerangan TNI, Prantara Santosa mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa salah seorang pegawainya merupakan pelaku kepada kejadian tersebut.

“Kami mengesahkan bahawa Brigedier Jeneral TNI, NA, telah menembak beberapa ekor kucing menggunakan senapang angin milik peribadinya pada Selasa lalu sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan),” kata Prantara.

Tambahnya, pegawai berkenaan menembak haiwan-haiwan itu demi memastikan kebersihan dan keselesaan dalam lingkungan tempat tinggal atau dewan makan anggota-anggota Sesko TNI.

“Bukan kerana dia benci terhadap kucing,” ujarnya.

TNI sedang menilai insiden tersebut untuk memutuskan hukuman yang akan dikenakan terhadap pegawai terbabit. – Agensi 

 

POPULAR