fbpx

Kafe ‘Stranger Things’ dibuka di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGUNJUNG berpeluang menyaksikan pelbagai elemen yang diilhamkan daripada siri Stranger Things di kafe Stranger Pronto. – CNN

TOKYO – Sebuah kafe yang diilhamkan daripada siri popular sains fiksyen Netflix, Stranger Things dibuka di Jepun dengan mendapat sambutan luar jangkaan daripada peminat drama tersebut, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Premis yang menjalankan perkongsian dengan rangkaian restoran tempatan, Pronto Corp itu membuka cawangan di daerah Shibuya, Tokyo beberapa bulan lalu dan dikenali sebagai Stranger Pronto.

Bahagian dalam kafe itu mempunyai replika kedai dan set daripada rancangan itu yang digambarkan seperti berada di bandar Hawkins, Indiana. Ia turut mempunyai ‘dunia cermin gelap’ yang dipanggil ‘Terbalik’.

Pengunjung boleh merakam gambar bersama patung raksasa Demogorgon sambil mendengar lagu-lagu daripada siri Stranger Things seperti Running Up That Hill yang dimainkan di kafe itu.

Selain itu, pelanggan berpeluang menikmati makanan yang diilhamkan daripada siri berkenaan seperti pasta dakwat sotong yang disusun menyerupai kepala raksasa atau wafel yang diidamkan oleh watak Eleven.

Namun, bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19, pengunjung perlu membuat tempahan sebelum pergi ke restoran dan hanya kira-kira 20 orang dibenarkan masuk pada setiap jam.

“Setiap hari pada tengah malam, saya cuba menempah meja menggunakan telefon. Akhirnya, saya berpeluang hari ini kerana seseorang telah membatalkan tempahan,” kata seorang pelanggan, Kimiko Nakae.

Stranger Things kekal sebagai salah satu daripada 10 rancangan penstriman terbaik di Jepun sejak tayangan musim keempatnya pada Mei lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI