fbpx
Md. Amin (tiga dari kiri) bertukar dokumen perjanjian persefahaman dengan Kamarul (tiga dari kanan) di Cyberjaya hari ini.

UPSI, Aerodyne kerjasama teroka potensi teknologi dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) menandatangani perjanjian persefahaman (MoA) dengan syarikat perkhidmatan dron antarabangsa, Kumpulan Aerodyne bagi meneroka potensi teknologi itu dalam inovasi pendidikan.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berharap kerjasama itu dapat merealisasikan usaha menyediakan latihan berstruktur serta komprehensif dengan memperkenal pendekatan yang lebih berkesan dan terkini dalam teknologi dron agar lebih ramai berpeluang untuk terlibat sama dalam industri tersebut.

Jelas beliau, ia selaras dengan sasaran kerajaan bagi mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan melalui industri dron di Malaysia dengan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai RM50 billion pada 2030.

“Sebagai institusi pengajian pendidikan terulung tanah air, UPSI sentiasa mencari ruang untuk mengukuhkan jalinan kerjasama erat antara akademia dan industri melibatkan kementerian, universiti, industri dan komuniti,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani MoA itu di pejabat urusan Aerodyne di Cyberjaya hari ini.

Menurut Md. Amin, UPSI dan Kumpulan Aerodyne senada dalam usaha untuk meningkatkan nilai modal insan dan kepakaran tempatan, bidang-bidang teknologi data analitik dan transformasi digital yang lebih menyeluruh.- KOSMO! ONLINE

POPULAR