fbpx

Ikan haruan berisiko rosakkan organ dalaman wanita berpantang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengambilan ikan haruan sebagai makanan wanita berpantang disarankan selepas tempoh enam minggu hingga dua bulan proses pembedahan.

PETALING JAYA – Pengambilan ikan haruan sebagai makanan wanita berpantang adalah satu kebiasaan yang diamalkan terutama bagi membantu menyembuhkan kesan luka selepas pembedahan caesarean.

Bagaimanapun, Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Siti Aishah Yunos tampil menjelaskan bahawa pengambilan ikan haruan akan memberikan kesan pada bahagian dalam perut sekali gus menyukarkan tugas doktor ketika para ibu ingin melahirkan anak yang seterusnya.

Perkongsiannya di TikTok baru-baru ini menyarankan wanita berpantang untuk menunggu lebih kurang enam minggu hingga dua bulan sebelum memakan ikan haruan dan pada tempoh tersebut kesan luka pembedahan bahagian dalaman perut akan sembuh sendiri.

Bagaimanapun, Dr. Siti Aishah tidak menafikan kebaikan makan ikan haruan untuk menyembuhkan luka bersalin dengan cepat tetapi tetapi jika pengambilannya terburu-buru, organ dalaman lain berisiko rosak ketika operasi pembedahan caesarean seterusnya.

“Memang ikan haruan ini bagus untuk sembuhkan luka bersalin, tapi kalau sembuh terlalu cepat akan jadi masalah untuk bersalin seterusnya yang masih memerlukan pembedahan caesarean.

“Nasihat ini bukan hanya untuk memudahkan kerja para doktor, ia juga penting bagi menjamin keselamatan para ibu yang bakal bersalin,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI