fbpx

Affin Bank terima anugerah pada ABF Retail Banking

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affin komited membantu PKS dengan tawaran produk perbankan untuk menambah baik operasi perniagaan mereka ke arah pendigitalan.

PETALING JAYA – Affin Bank Berhad (Affin Bank) menerima dua pengiktirafan atas kejayaan bank menawarkan produk inklusif kewangan berfokus, termasuk aplikasi mudah alih, SME Colony yang mula dilancarkan pada tahun 2019.

Aplikasi mudah alih SME Co­lony menerima kemenangan pertamanya sebagai Inisiatif Inklusif Kewangan Tahunan – Malaysia daripada Asian Banking & Finance (ABF) Retail Banking Awards.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, sebagai aplikasi mudah alih PKS yang berteraskan komuniti pertama di Malaysia, SME Colony menyokong pengemba­ngan dan kesinambungan PKS dengan meningkatkan pe­nge­tahuan perniagaan mereka, mengukuhkan kesejahteraan kewangan dan memperluaskan rangkaian ko­mersial mereka.

Menurut beliau, SME Colony menyediakan perkhidmatan pe­langgan yang tiada tandingan kepada semua penggunanya tanpa kos, tanpa syarat keahlian dan tanpa mengira hubungan perbankan pelanggan.

“Kemenangan ABF Retail Banking Awards ini adalah penunjuk bahawa Affin Bank telah mendahului lengkung dengan memulakan perjalanannya me­langkaui perbankan untuk memberi perkhidmatan kepada pe­langgan PKS secara digital.

“Kami sentiasa konsisten mengemas kini keupayaan aplikasi tersebut untuk membantu PKS menggilap celik kewangan pelanggan dan menggalakkan penggunaan digital dalam operasi perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, Affin Islamic Bank pula dipilih sebagai penunjuk demonstrasi komitmen dan sokongan bank kepada syarikat pemula niaga dan Perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ia merupakan pencapaian yang menaikkan Affin Islamic sepanjang pandemik untuk membantu syarikat pemula niaga dan PKS memulihkan perniagaan, menjadikan perniagaan mereka lebih berdaya tahan dan menerima pakai pendigitalan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI