fbpx

WHO akan tukar nama cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur untuk menerima vaksin cacar monyet di Lille, utara Perancis, pada 6 Ogos lalu. - AFP

LONDON – Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengadakan forum terbuka untuk menamakan semula penyakit cacar monyet selepas sebilangan pengkritik menyuarakan kebimbangan nama berkenaan bersifat menghina dan mempunyai konotasi rasis.

WHO berkata, keputusan itu dibuat susulan sebuah persidangan saintis minggu lalu dan seiring dengan amalan terbaik masa kini dalam  menamakan penyakit yang bertujuan untuk mengelak daripada mencetuskan penghinaan kepada mana-mana kumpulan etnik, profesional, rantau, kewarganegaraan atau masyarakat di samping meminimumkan impak negatif terhadap perdagangan, pelancongan, perjalanan serta kebajikan haiwan.

Pelbagai penyakit lain termasuk Japanese encephalitis, virus Marburg, influenza Sepanyol dan Sindrom Pernafasan Asia Barat telah dinamakan sempena kawasan geografi di mana penyakit berkenaan pertama kali dikesan. Bagaimanapun, WHO tidak bercadang untuk menukar mana-mana nama penyakit tersebut.

Sementara itu, Sebanyak 27,814 kes dan 11 kematian akibat penyakit cacar monyet dilaporkan di 89 negara dan wilayah di bawah pemantauan WHO setakat 7 Ogos lalu. Kematian akibat cacar monyet juga buat pertama kali dilaporkan di negara-negara luar Afrika  termasuk di Sepanyol dengan dua kematian dan masing-masing satu kematian di Brazil serta India.

Setakat 7 Ogos lalu juga menyaksikan 10 negara melaporkan kes kumulatif tertinggi iaitu Amerika Syarikat (7,510), Sepanyol(4,577), Jerman(2887), Britain(2,759), Perancis (2,239), Brazil (1,721), Belanda(959), Kanada (957), Portugal (710) dan  Itali (505). Secara keseluruhan negara-negara berkenaan merangkumi 89 peratus kes cacar monyet di seluruh dunia.

Data WHO menunjukkan 99 peratus pesakit cacar monyet terdiri daripada lelaki dan daripada jumlah berkenaan, 97 peratus pesakit lelaki yang dikenal pasti sebagai golongan gay, biseksual dan lelaki lain yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI