fbpx

Pemilik, pekerja kedai nasi ayam, itik dipanggil untuk siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar individu dipercayai pekerja terlibat dalam isu peniaga Muslim mengambil bekalan nasi ayam dan itik dari kedai peniaga bukan Islam di Paya Terubong, George Town di sini.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menjalankan siasatan mendalam susulan dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara mengambil bekalan nasi ayam dan itik di kedai peniaga bukan Islam.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, dakwaan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan isu sensitif terhadap umat Islam.

“Siasatan awal telah dibuat namun belum lengkap, masih ada lagi yang perlu diambil kira, kita akan siasat secara terperinci dan mendapatkan maklumat secara sahih sebelum tindakan diambil.

“Pemilik dan pekerja kedai serta beberapa individu yang didakwa terlibat dengan kedai makan itu telah dikenal pasti dan kemungkinan akan dipanggil untuk siasatan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selain itu, katanya, aduan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu juga masih belum diterima dan siasatan dijalankan berdasarkan kandungan media sosial tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan peniaga Muslim di Sungai Ara yang mengambil bekalan nasi ayam dan nasi itik di kedai peniaga bukan Islam.

Bagaimanapun, peniaga berkenaan telah tampil menjelaskan situasi tersebut dan menafikan bahawa bekalan nasi ayam dan itik itu diambil dari kedai peniaga bukan Muslim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI