fbpx

MOF alukan maklumbalas berkaitan Program Subsidi Bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menjemput orang ramai untuk memberi maklumbalas kepada Tinjauan Umum berkaitan Program Subsidi Bersasar yang diterbitkan oleh kementerian tersebut.

MOF dalam kenyataan berkata, maklumbalas yang diterima melalui Tinjauan Umum itu akan dijadikan sebagai input kepada kerajaan semasa merangka Program Subsidi Bersasar dalam memastikan subsidi yang disediakan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada kumpulan sasar.

“Semua pihak dijemput untuk memberi maklumbalas kepada Tinjauan Umum ini yang boleh dimuat turun melalui laman web https://budget.mof.gov.my/bajet2023/kertaskonsultasi/ .

“Tinjauan Umum ini juga merupakan pendekatan baharu MOF di dalam siri penerbitan Kertas Konsultasi Awam (KKA) dalam usaha untuk menjadikan proses penyediaan bajet tahunan lebih telus dan penglibatan semua pihak secara menyeluruh,” katanya hari ini.

Tambah MOF, kerajaan yakin penerbitan KKA akan menyediakan lebih banyak peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing.

“Maklumbalas ini diperlukan bagi membolehkan kerajaan merangka sebuah bajet tahunan yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar pembangunan sosio-ekonomi negara.

“MOF mengalu-alukan maklumbalas bagi Tinjauan Umum ini dilengkapkan dan dikemukakan sebelum atau pada 30 Ogos 2022,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI