fbpx

Hoki buktikan layak terima imbuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan kepimpinan tertinggi MHC meraikan kepulangan skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita negara daripada Piala Asia 2022 di KLIA hari ini. - HOKITA

SEPANG – Peluang Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) untuk menerima imbuhan daripada pihak kerajaan dilihat semakin cerah susulan kejayaan skuad dalam dewan lelaki menjuarai saingan Piala Asia 2022 di Bangkok, Thailand semalam.

Malaysia mencipta sejarah apabila buat kali pertama ditabalkan sebagai juara Asia selepas menewaskan pasukan ranking ketiga dunia, Iran 3-2 menerusi penentuan shoot-out setelah terikat 4-4 pada aksi final di Stadium Tertutup Huamark.

Situasi itu meningkatkan keyakinan Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal yang mendedahkan, pihaknya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai jumlah imbuhan.

“Memang kita akan mohon dan buat temu janji (untuk) berjumpa Perdana Menteri dan melalui juga menteri kewangan. Kita cukup yakin pihak kerajaan pun akan bantu.

“Bukan untuk perkara bukan-bukan kepada pemain tetapi diguna pakai bantu mereka berlatih ke luar negara dan perbaiki permainan mereka menjadi lebih hebat untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Subahan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyambut kepulangan skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Selain skuad lelaki, pasukan wanita dalam dewan negara turut cemerlang apabila meraih tempat ketiga Piala Asia selepas menewaskan Kazakhstan 2-0 semalam.

“Syabas dan tahniah kepada pasukan lelaki dan wanita. Ini satu pencapaian yang saya sendiri pun terharu. Terus terang saya pun tidak sangka kita dapat tundukkan Iran.

“Pasukan wanita pula tiada rezeki walaupun mereka telah pamer persembahan yang hebat. Kita sebenarnya telah buktikan walaupun tak menang sebagai johan tetapi kita kalahkan juara bertahan (Kazakhstan),” kata Subahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI