fbpx

Veteran MCA Melaka, Gan Boon Leong meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Gan Tian Loo.

MELAKA – Veteran MCA Melaka, Datuk Gan Boon Leong dilaporkan meninggal dunia di sebuah rumah jagaan di sini, hari ini akibat sakit tua.

Berita itu dikongsikan anak mendiang, Datuk Gan Tian Loo melalui laman Facebook dengan memaklumkan bapanya telah meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Beliau ketika dihubungi pemberita memberitahu, kesihatan mendiang mula merosot baru-baru ini berikutan faktor usia.

“Keadaan jantungnya lemah sejak akhir-akhir ini, mungkin disebabkan faktor usia dan kami reda dengan pemergiannya.

“Bagi pihak mendiang, saya memohon maaf kepada semua kenalan jauh dan dekat sekiranya mendiang pernah melakukan perkara yang mengguris perasaan kalian,” katanya.

Jelasnya, mendiang akan dikebumikan di Kampung Simpang Bekok, Asahan dekat sini pada Jumaat ini.

Mendiang meninggalkan seorang balu, Datin Chong Kin Yock dan enam anak.

Untuk rekod, mendiang juga merupakan bekas juara bina badan Asia dan menjadi ikon tersohor negara apabila pernah memenangi gelaran Mr. Asia 1956 dan gelaran kehormat Mr. Universe pada 2000.

Beliau juga pernah memimpin Persekutuan Bina Badan Malaysia dan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia.

Dalam bidang politik, mendiang mencatat kemenangan besar ke atas Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 1982 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Banda Hilir. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI