fbpx

Kecewa dapat sos tomato sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar luahan seorang pembeli yang tular di media sosial.

SHAH ALAM – Ketiadaan sos cili dalam pembelian makanan menarik perhatian apabila turut menjadi isu diperdebatkan selepas seorang pengguna hanya menerima peket sos tomato sahaja.

Kekecewaan itu diluahkan seorang pengguna Facebook dikenali Isna Zarith apabila membeli makanan dari sebuah restoran makanan segera di Seksyen 18, hari ini.

Katanya, menambah rasa kecewanya apabila pihak pengurusan restoran itu tidak meletakkan sebarang nota bagi pemakluman ketiadaan sos cili.

“Kalau ya pun tak ada sos cili, kenapa tak maklumkan kepada pelanggan. Kan ada nombor pelanggan yang diberikan oleh (syarikat penghantar makanan) Food Panda. Ini tidak, bagi semua sos tomato dan langsung tak bagi sos cili,” katanya dalam hantaran tersebut.

Hantaran itu mendapat maklum balas daripada pengguna lain dengan menyatakan bahawa sos tiada dalam menu pesanan.

“Sabar kak. Dalam gambar menu, tak ada gambar sos, kak.

“Jadi, ia mungkin bukan satu kesalahan. Kalau ada gambar sos, mungkin ia satu kesalahan (kedai tidak beri sos cili kepada pelanggan). Selamat menjamu selera, kak,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI