fbpx

Isu buli, jangan sapu ‘bawah karpet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Hangat diperkatakan di media sosial ketika ini mengenai kejadian yang menimpa seorang pelajar perempuan dan beberapa rakannya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuantan, Pahang.

Ada yang menganggap kejadian itu sebagai buli. Sebab dikatakan buli adalah berdasarkan bukti-bukti yang dinyatakan oleh ibu pelajar tersebut seperti baju sekolah anaknya di ampaian telah digunting selain diconteng.

Lebih teruk lagi apabila rambut pelajar yang berusia 14 tahun itu turut dipotong sewaktu remaja tersebut tidur di asrama berkenaan.

Sukar untuk diterima kejadian seperti itu berlaku di sekolah berasrama penuh dan melibatkan blok asrama pelajar perempuan.

Penulis juga pernah tinggal di asrama selama lima tahun dan sepanjang tempoh itu penulis bersyukur kerana tidak pernah melalui pengalaman menjadi mangsa buli atau menyaksikan kes-kes sedemikian ke atas pelajar lain.

Apa yang ada hanyalah tindakan berbentuk punishment kerana melanggar peraturan yang telah ditetapkan pihak asrama.

Namun dalam kes di MRSM Kuantan, kejadian itu dikatakan sudah lebih dua bulan berlaku, namun setakat ini pelakunya masih misteri.

Sama ada kes berkenaan sudah selesai disiasat dan hasil dapatannya tidak didedahkan kepada umum atau sebaliknya, ia masih dalam siasatan. Apa yang pasti sekarang ia sudah menjadi kes polis.

Jika buli sehingga menyebabkan kecederaan fizikal mungkin mudah bagi pihak yang terlibat mengenal pasti suspek, namun bagaimana pula dengan buli yang memberikan kesan kepada mental.

Kebanyakan kes buli yang berlaku di asrama sekolah atau institusi pengajian tinggi sebelum ini melibatkan buli fizikal yang mendatangkan kecederaan parah.

Namun ramai yang terlepas pandang mengenai buli yang menggunakan pendekatan halus dan lama-kelamaan memberi kesan kepada mental mangsa.

Tindakan menggunting pakaian sekolah, rambut dan menconteng pakaian sememangnya tidak boleh diterima.

Keadaan ini pastinya memberi kesan emosi kepada mangsa biarpun tidak melibatkan kecederaan berdarah atau lebam, tetapi akan menyebabkan mangsa mengalami trauma yang teruk.

Perkara ini harus diberi perhatian oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakan kerana mereka merupakan individu yang hampir dengan mangsa.

Kenal pasti perubahan tingkah laku orang sekeliling terutama anak-anak sebelum melarat dan menjadi lebih parah lagi sehingga mengakibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Langkah Kementerian Pendidikan membangunkan portal aduan kes buli bagi pelajar atau ibu bapa yang mahu melaporkan tentang kejadian jenayah tersebut dalam masa terdekat adalah tindakan yang tepat.

Jangan beri ruang dan peluang kepada pembuli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI