fbpx
HAALAND gagal menyerlahkan potensi sebenar apabila menjadi pemain kedua menyentuh bola paling sedikit dalam perlawanan selepas Lukaku. – AFP

EPL: Erling Haaland hanya lapan kali sentuh bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Kejayaan Manchester City mencatat kemena­ngan 4-0 ke atas Bournemouth kelmarin seakan tenggelam apabila tumpuan lebih menjurus kepada prestasi yang dijelmakan oleh Erling Haaland.

Selain gagal menyumbangkan sebarang gol, Haaland juga hanya menyentuh bola sebanyak lapan kali sepanjang perlawanan dan jumlah itu adalah kedua paling rendah selepas catatan Romelu Lukaku yang hanya melakukan tujuh sentuhan ketika bersama Chelsea dalam perlawanan menentang Crystal Palace musim lalu.

Selain itu, Haaland juga hanya mampu melengkapkan dua hantaran dan jumlah itu adalah yang paling rendah pernah dicatatkan pemain City ketika di bawah kendalian Pep Guardiola, namun pengurus itu masih berpuas hati dan memuji sumbangan yang dimainkan Haaland

“Sebagai penyerang, tugas paling sukar dalam dunia adalah menentang tiga pemain te­ngah dan tiga pertahanan tengah. Kami akan berdepan situasi ini, tetapi segalanya berkait dengan soal masa.

“Bagaimanapun, dengan kua­liti pemain-pemain yang kami ada di belakang Haaland, sudah pasti kami akan mampu untuk meraih kejayaan,” katanya.

Kesemua jaringan The Citizens dihasilkan oleh Ilkay Gundogan, Kevin De Bruyne, Phil Foden dan jaringan keempat terhasil menerusi gol sendiri pemain Bournamouth, Jefferson Lerma.

Namun, situasi ini bukannya perkara baharu yang dihadapi Haaland kerana kredibilitinya pernah dipersoalkan ketika gagal membantu City atasi Liverpool pada perlawanan merebut trofi Perisai Komuniti bulan lalu.
– AGENSI

POPULAR