fbpx

Polis siasat perhimpunan ‘Protes Mana Kapal LCS’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perhimpunan Protes Mana Kapal LCS yang diadakan petang tadi.

KUALA LUMPUR – Polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung perhimpunan ‘Protes Mana Kapal LCS’ yang diadakan di hadapan pusat beli-belah Sogo, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pelaksanaan perhimpunan itu gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan di negara ini.

“Setakat ini, hasil pemerhatian yang dibuat mendapati kira-kira 60 individu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar, ahli politik dan beberapa individu yang telah serta belum dikenal pasti dalam perhimpunan itu.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awam 2012,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sehingga kini seramai 13 individu telah dikenal pasti dan kesemua individu terlibat akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Polis juga menasihati orang awam agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang selain tindakan tegas akan diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI