fbpx

Pelancong gay banjiri Kanada untuk vaksin cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menerima suntikan vaksin cacar monyet di sebuah pusat vaksinasi di Los Angeles pada 10 Ogos lalu. - AFP

MONTREAL, Kanada – Beribu-ribu warga asing termasuk rakyat Amerika Syarikat (AS) mengunjungi bandar Montreal di Kanada semata-mata untuk mendapatkan suntikan vaksin cacar ­monyet berikutan kekurangan vaksin berkenaan di AS.

Montreal yang merupakan bandar kedua terbesar di Kanada dan terletak dalam wilayah Quebec, sekitar 70 kilometer di utara sempadan AS, membuat keputusan memberikan vaksin cacar monyet kepada sesiapa sahaja yang menganggap diri mereka berisiko.

Pengarah seni dari Denver, AckRobb Stilson mengambil peluang itu semasa mengunjungi Montreal minggu lalu.

“Amat sukar mendapatkan vaksinasi di AS. Kawan-kawan saya terpaksa menunggu sangat lama, antara lapan hingga sembilan jam sebelum disuntik,” kata lelaki itu ketika beratur bersama suaminya dan dua anak perem­puan mereka.

Berikutan pengesanan kontak adalah sukar, pihak berkuasa di Montreal menawarkan vaksinasi kepada semua mereka yang berisiko bagi mengekang penularan cacar monyet.

“Sebagai pelancong, mereka mungkin terbabit dalam aktiviti yang berisiko mendapat jangkitan cacar monyet. Justeru, kami membenarkan mereka mendapatkan pelalian supaya mereka tidak menyebarkan jangkitan, sama ada di sini atau selepas kembali ke negara asal,” kata pakar penyakit berjangkit Pusat Perubatan Universiti McGill, Donald Vinh.

Sejak kempen vaksinasi ber­kenaan dilancarkan pertengahan Mei lalu, Montreal telah memberi pelalian kepada 18,500 orang dengan 13 peratus merupakan warga asing.

Matlamat bandar raya itu adalah untuk memberikan 25,000 dos vaksin cacar monyet bagi memvaksinasi antara 75 hingga 80 peratus populasi yang dianggap berisiko khususnya golongan gay dan lelaki berbilang pasangan.

Setakat 11 Ogos lalu, Kanada telah merekodkan sebanyak 1,059 kes cacar monyet, namun pihak berkuasa menyatakan jangkitan kini semakin berkurangan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI