fbpx

Pakar dakwa Bumi menuju ke arah kepupusan besar-besaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perubahan iklim boleh menjadi peristiwa kepupusan besar-besaran kali keenam di Bumi. -Getty Images

PRAGUE, REPUBLIK CZECH – Pakar-pakar mendakwa bahawa Bumi sedang menuju ke arah bencana kepupusan besar-besaran buat kali keenam, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sepanjang sejarah sekitar 4.5 bilion tahun kewujudan planet ini, pakar berkata, terdapat lima peristiwa kepupusan berskala besar yang berlaku setakat ini.

Perubahan iklim kini diramalkan membawa kepada peristiwa kepupusan seterusnya.

Keadaan itu dijangka berlaku apabila Bumi mengalami perubahan iklim yang memusnahkannya dengan lebih cepat berbanding dipulihkan.

“Kadar kepupusan semasa adalah kira-kira dua turutan magnitud lebih tinggi daripada kadar kepupusan biasa.

“Perubahan iklim yang dikesan semasa kepupusan besar-besaran dan terakhir ini bukanlah satu-satunya punca. Kesan perubahan global lain turut memainkan peranan,” kata seorang profesor di Jabatan Ekologi Universiti Charles di Prague kepada laman berita Live Science.

Sementara itu, seorang profesor emeritus di Jabatan Sains Bumi di Universiti Tohoku di Jepun, Kunio Kaiho menjelaskan bahawa cara Bumi memanas menyebabkan ia hanya memerlukan beberapa darjah suhu untuk dimusnahkan dengan lebih cepat berbanding dipulihkan.

“Peningkatan purata suhu global sebanyak 9 darjah Celsius menjadi elemen penting kepada kepupusan besar-besaran, sejajar dengan pemanasan global,” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI