fbpx

Bomoh didakwa jadi punca 100 burung nasar mati keracunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longgokan burung nasar yang mati ditemui di Taman Negara Kruger di Afrika Selatan. – Daily Star

CAPE TOWN – Kematian misteri melibatkan 100 ekor burung nasar yang bangkainya ditemui di sebuah taman safari di Afrika Selatan didakwa didalangi oleh bomoh tempatan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian itu berlaku selepas seekor kerbau yang mati akibat diracun, kemudiannya dimakan oleh kawanan burung pemangsa tersebut.

Ia berlaku di Taman Negara Kruger apabila racun itu membunuh burung-burung tersebut dengan serta-merta. Seekor dubuk turut mati selepas cuba memakan bangkai kerbau itu. 

Laporan berita tempatan menyatakan bahawa sasaran sebenar adalah burung nasar kerana bomoh menggunakan bahagian badan haiwan itu sebagai ‘ramuan ritual’.

“Tindakan tercela ini sekali lagi menyerlahkan bahaya keracunan hidupan liar yang sentiasa diancam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Lokasi kejadian telah dikepung untuk siasatan lanjut manakala bangkai kawanan burung itu dibakar bagi memastikan tiada lagi keracunan. Kira-kira 20 ekor burung nasar masih hidup di taman itu.

“Skala kematian ini menjejaskan populasi burung nasar yang secara global dinamakan sebagai spesies terancam kritikal,” kata Pemangku Ketua Inspektor SANParks, Hapiloe Sello.

Isu pemburuan burung nasar khususnya baka White Backed telah menyebabkan haiwan itu dimasukkan ke dalam senarai ‘merah’ oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI