fbpx

Terokai destinasi pelancongan berbasikal dengan komuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zain (tengah) memberi cenderahati kepada penunggang basikal yang menggunakan perkhidmatan kereta api di sini hari ini.

SEREMBAN – Penggemar aktiviti berbasikal kini boleh meneroka laluan menarik melalui perkhidmatan tren KTM komuter selepas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membenarkan semua jenis basikal dibawa masuk secara percuma bermula 6 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha berkata, penunggang basikal sama ada secara persendirian atau berkumpulan boleh membawa basikal mereka pada luar waktu puncak pada hari bekerja dan sepanjang masa pada hujung minggu.

“Sebelum ini, KTMB hanya memberi kebenaran kepada basikal lipat namun, mulai 6 Ogos semua jenis basikal termasuk ‘road bike’ dibenarkan menggunakan KTM Komuter pada masa yang ditetapkan.

“KTMB juga pernah melancarkan tren khas Express Koc Basikal (XKB) di laluan Tanjung Malim dan Kuala Kangsar, Perak yang mana ia boleh membawa hampir 100 basikal ke destinasi permintaan pelanggan,” katanya  pada Majlis Perasmian Seremban Cylo Tourism @ Terokai Seremban Dengan Basikal di Stesen Keretapi Seremban di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali dan Setiausaha MBS, Mas Midyawan Yahya.

Mohd. Zaini memberitahu, untuk makluman sebelum ini caj RM2 dikenakan kepada pengguna yang membawa basikal ke dalam tren.

Jelas Mohd. Zain, KTMB kini dalam perancangan mempromosikan aktiviti berbasikal dengan menaiki tren di Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

“Ini kali pertama, kita bekerjsama dengan MBS untuk mempromosikan aktiviti berbasikal dalam masa sama memperkenalkan Seremban sebagai destinasi pelancongan menarik,” katanya.

Sementara itu, Masri Razali berkata, Negeri Sembilan khususnya Seremban mempunyai pelbagai laluan menarik untuk diteroka penggemar sukan berbasikal dari seluruh Malaysia.

“Antara laluan berbasikal yang menarik untuk berbasikal adalah di Jalan Temiang-Pantai yang mendapat jolokan New Zealand, Kuala Klawang-Genting Peras, Bukit Miku-Tampin, Sungai Gadut-Rantau dan Rembau- Gemas,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI