fbpx

Ikan paus besar dibunuh kejam, dilapah di Iceland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGKAI paus sirip dirakam sedang diproses di atas sebuah kapal. - Anadolu Agency/ Getty

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun tamat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Amalan memburu paus dimansuhkan di negara itu tetapi pada Jun lalu, sebuah syarikat penangkapan ikan paus, Hvalur hf. kembali ke pelabuhan Reykjavik dengan kargo paus sirip.

Paus sirip dianggap sebagai spesies terancam dan merupakan paus kedua terbesar selepas Paus Biru.

Dalam gambar dramatik yang dirakam di stesen penangkapan ikan paus di Kampung Midsandur, beberapa pekerja memotong bangkai ikan itu menggunakan peralatan dan mengambil dagingnya.

Lesen syarikat Hvalur hf. ditetapkan untuk tamat pada tahun depan dan terdapat perbincangan oleh Kementerian Perikanan Iceland bahawa penangkapan ikan paus mungkin dihentikan selepas itu.

Penangkapan paus oleh syarikat itu terhad kepada kuota dan tahun ini mereka hanya dibenarkan memburu 161 ekor paus sirip dan 217 paus Minke.

Syarikat itu telah diberikan qouta penangkapan yang ketat. – Anadolu Agency/ Getty

Paus sirip dianggarkan mempunyai populasi global antara 50,000 hingga 90,000 ekor. Menurut Yayasan Hidupan Liar Dunia, paus itu disenaraikan sebagai ‘terancam’.

Sebahagian besar produk yang diekstrak daripada ikan paus akan dihantar ke Jepun di mana tulang dan dagingnya adalah makanan istimewa.

Amalan itu sangat tidak popular di Iceland kerana ia dianggap kejam dan ia bukan peyumbang signifikan kepada ekonomi negara.

Menulis dalam akhbar Morgunblaðið Iceland, ahli politik parti hijau, Svandis Svavarsdottir berhujah bahawa amalan itu tidak wajar dari segi ekonomi.

“Terdapat beberapa justifikasi untuk membenarkan pemburuan ikan paus selepas 2024. Terdapat sedikit bukti bahawa terdapat sebarang kelebihan ekonomi untuk aktiviti ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI