fbpx

Yusri Che Lah mohon maaf kepada penyokong Kelantan FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSRI ingin mengucapkan tahniah kepada TRW dan doakan agar mereka muncul sebagai juara Liga Premier musim ini.

PENGENDALI Perak FC, Yusri Che Lah memohon maaf kepada penyokong The Red Warriors (TRW) berikutan berlaku insiden kekecohan sehingga melibatkan pihak polis meskipun gembira dengan kemenangan 2-1 pada saingan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

Yusri berkata, kemenangan yang diraih ke atas Kelantan FC sebenarnya amat bermakna buat Perak FC yang kini sedang cuba mencipta kebangkitan di dalam arena bola sepak tempatan.

Menurutnya, The Bos Gaurus turun ke Kota Bharu dengan misi mendapatkan mata dan beliau berterima kasih kepada pemain-pemainnya kerana berjuang habis-habisan demi pasukan.

“Saya mohon maaf kepada semua penyokong Kelantan FC. Saya sangat faham perasaan mereka apabila terpaksa menyaksikan pasukan kesayangan tewas buat kali pertama di gelanggang sendiri pada musim ini.

“Bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada TRW dan doakan agar mereka muncul sebagai juara Liga Premier musim ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan kelmarin.

Bekas pengendali TRW itu berkata, pemain-pemain Perak FC telah memberi lebih daripada kemampuan mereka sekali gus mampu mengejutkan Kelantan FC.

Katanya, kem Perak FC tiba awal di Kota Bharu bagi menyesuaikan diri kerana bukan mudah untuk berdepan pasukan yang sedang menunggu untuk menjulang kejuaraan Liga Premier.

“Saya cuma pesan kepada pemain-pemain bahawa saya mahu meninggalkan Stadium Sultan Muhammad IV dengan tiga mata. Saya tidak kisah bagaimana caranya, tetapi saya mahukan mata itu,” katanya.

“Saya bangga dengan pemain-pemain Perak FC dan kita tidak akan berhenti di sini. Masih ada empat perlawanan lagi dan saya harap mereka kekalkan prestasi sebegini kerana pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim II nanti akan menuntut lebih komitmen daripada mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI