fbpx

PM terima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) ketika menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, di pejabat beliau, hari ini.-Foto IHSAN PMO

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, di pejabat beliau di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pertemuan tersebut adalah susulan daripada lawatan rasmi pertama beliau ke Qatar pada Mac lalu.

“Malaysia menyambut baik potensi kerjasama dengan Qatar dalam bahagian tenaga, minyak dan gas serta sektor perumahan juga pembangunan infrastruktur.

“Saya juga percaya Malaysia dan Qatar mampu membangunkan strategi sekuriti makanan seperti kerjasama antara Baladna Food Industries dan FGV Holdings dalam pembangunan ladang lembu tenusu di Chuping, Perlis dan juga di Pahang tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Perdana Menteri, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan atas sumbangan AS$50 juta melalui Dana Qatar untuk Pembangunan (QFFD) bagi kebajikan pelarian Rohingya di Malaysia, terutamanya dalam bidang kesihatan dan pendidikan.

“Saya turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Qatar yang akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran Piala Dunia 2022.

“Perbincangan yang diadakan hari ini diharap mampu meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan merangka hala tuju mengenai pelbagai isu kepentingan bersama,” ujar beliau.

Sementara itu, Sheikh Mohammed menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan bahawa perbincangan di antara mereka merangkumi sektor ekonomi dan pelaburan koperasi serta perkembangan isu antarabangsa terutamanya isu Palestin dan sokongan kepada pelarian Rohingya di Malaysia.

“Kami hargai hubungan rapat di antara kedua-dua negara dan berharap dapat merancakkan kerjasama di semua peringkat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI