fbpx

Abang Viva sah bertunang, sibuk urus NGO bersama pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Viva bersama tunangnya ketika muncul dalam sebuah rancangan temu bual di televisyen baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sukarelawan, Azwan Omar yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ sekali lagi trending di media sosial apabila tular rakaman dirinya mendedahkan telah mengikat tali pertunangan bersama pilihan hati.

Azwan, 30, dilihat muncul dalam sebuah rancangan temu bual di televisyen bersama tunangnya, Enova baru-baru ini, mengakui mereka kini sudah bertunang dan sedang sibuk menguruskan sebuah Pertubuhan Gerakan Kebajikan Abang Viva yang ditubuhkannya sendiri.

Berkongsi cerita, Azwan selesa menjalankan misi bantuan bersama tunangnya itu kerana mereka berdua mempunyai minat kepada usaha kebajikan serta turut dibantu oleh beberapa anggota lain.

Terdahulu, tular rakaman TikTok yang menyaksikan Azwan melamar pasangannya itu untuk dijadikan isteri ketika sedang melakukan sesi ‘TikTok Live’ di dalam kereta sambil menunjukkan sebentuk cincin sebagai tanda keikhlasan.

Sehubungan itu, orang ramai mula berteka-teki dengan status sebenar hubungan antara Azwan dan wanita tersebut, dan rata-ratanya memberi kata-kata semangat serta mendoakan agar keduanya berjodohan.

“Alhamdulillah, akhirnya Abang Viva kita dah jumpa pasangan yang aktif dalam melakukan aktiviti kebajikan, baru lagi semangat nak turun jalankan misi,” ujar Dalilah.

“Nampak serasi, dua-dua merah muka bila disoal tentang hubungan masa sesi ‘live’ di televisyen, moga hubungan terjalin sampai jannah, cepat-cepat kahwin, tak sabar nak tengok,” komen Fatin Hanani – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI