fbpx

Taiwan kerah jet pejuang lindungi pulau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jet pejuang Mirage 2000 dirakam bersedia untuk berlepas di Pangkalan Udara Hsinchu di Hsinchu, Taiwan pada 5 Ogos lalu. – AFP

TAIPEI – Tentera Taiwan mengerahkan sebilangan jet pejuang bagi melindungi wilayah tersebut selepas China menghantar lebih 30 pesawat perang menghampiri pulau itu, lapor akhbar The Sun semalam.

Video dramatik yang dikongsikan stesen  televisyen  China menunjukkan peluru berpandu dilancarkan ke arah pulau itu selain sebilangan jet pejuang turut diterbangkan dalam operasi di perairan sekitar Taiwan.

Pada masa yang sama, Kementerian Pertahanan Taiwan turut berkongsin rakaman video latihan tenteranya termasuk tembakan peluru hidup artileri di Pingtung, bahagian paling selatan pulau tersebut.

Kementerian berkenaan turut mendakwa bahawa pihaknya mengesan 10 kapal perang China dan 36 pesawat Beijing di sekitar Taiwan semalam.

Sebagai tindak balas, kementerian itu mengerahkan sebilangan kapal tentera laut, pesawat dan sistem peluru berpandu yang berpangkalan di darat.

Awal kelmarin, beberapa sumber mendakwa bahawa kapal-kapal tentera laut China dilihat bergerak di luar  pantai timur dan barat Taiwan, manakala jet-jet pejuang Beijing  terbang menghampiri titik tengah Selat Taiwan.

“Kami bersedia untuk menjaga keselamatan Taiwan. Kami berdiri teguh bersama barisan askar yang melindungi pulau ini daripada sebarang ancaman.

“Kami tidak mahu meningkatkan ketegangan atau mencetuskan pertikaian kerana misi kami adalah mengekalkan status quo.

“Kami juga tidak pernah dan tidak akan berputus asa untuk mempertahakan  garisan pemisah (Selat Taiwan) serta melindungi laut dan kedaulatan Taiwan,” kata Kementerian Pertahanan Taiwan menerusi video yang dikongsikan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI