fbpx

Selepas bercerai, Noh terus senyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Noh dalam Instagramnya, baru-baru ini.

SEJAK berita perceraiannya dengan Mizz Nina heboh diperkatakan satu negara, Noh Salleh hanya mengambil pendekatan mendiamkan diri. Selepas pengumuman ringkas tempoh hari, dia tidak membuat perkongsian lain dalam media sosialnya.

Namun, baru-baru ini, dia memuat naik sekeping foto bersama anak lelakinya, Musa dalam satu hantaran Instagram tanpa kapsyen.

Malah, vokalis kumpulan Hujan itu masih kekal dengan tindakannya menutup ruangan komen bagi setiap hantaran Instagram.

Selain itu, dia juga dilihat masih aktif memuat naik hal-hal berkaitan peperangan dan perjuangan rakyat Palestin di Gaza.

Mungkin baginya, hal peribadi kekal privasi tetapi perkongsian kisah kesengsaraan rakyat Palestin harus diteruskan.

Hormati sajalah pilihannya walaupun masih ramai yang ternanti-nanti sebarang kenyataan daripadanya.

MIZZ LAHAR: Kecoh pula pasal filem Gadis Jolobu The Movie yang dikatakan memalukan budaya orang Negeri Sembilan dan tindakan saman pihak produksi terhadap seorang Youtuber?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI