fbpx

MB Perlis dibebas dengan jaminan SPRM – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pengamal media di luar bangunan SPRM bagi mengikuti perkembangan siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Perlis

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Menteri Besar Perlis sudah dibebaskan dengan jaminan pihaknya selepas memberi keterangan selama hampir lapan jam sejak pagi tadi.

“Betullah seperti itu (dibebaskan dengan jaminan),” katanya.

Beliau berkata, kenyataan lanjut berhubungan perkara itu akan dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat SPRM.

Walau bagaimanapun, setakat pukul 6.10 petang tadi, kelibat Mohd. Shukri Ramli belum kelihatan dan tidak diketahui bila beliau akan keluar dari Ibu Pejabat SPRM.

Terdahulu, Mohd Shukri tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 10 pagi untuk dirakam kenyataannya berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Minggu lalu, SPRM menahan anak Mohd. Shukri dan lima yang lain bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI