fbpx

MAH Negeri Sembilan tawar ibu tunggal, OKU bekerja sektor perhotelan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZIZ ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan MAH NS Chapter di Port Dickson malam tadi./FOTO MOHD SHAHJEHAN

PORT DICKSON – Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan bersedia untuk menawarkan golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja dalam sektor perhotelan.

Menurut Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan, pihaknya sentiasa mengalu-alukan golongan itu untuk berkerja dalam sektor hotel.

Katanya, 34 ahli MAH Negeri Sembilan terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi peluang golongan itu mendapat kerja.

“Bagi OKU pula, kita akan cari bahagian bersesuaian yang tidak berbahaya.

“Buat masa ini kerjasama sudah diadakan dengan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan (AADK) untuk tujuan itu,” katanya di Majlis Makan Malam Tahunan MAH NS Chapter, di sini malam tadi.

Tambah Haziz, selepas ini pihaknya menyasarkan untuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan pengkhususan kepada bahagian Pendidikan Khas pula.

“Saya menyeru mana-mana individu, NGO atau agensi yang berminat untuk menjalin kerjasama untuk mendapatkan pekerjaan bagi golongan berkenaan boleh berhubung dengan MAH Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI