fbpx

Lelaki batal hasrat terjun bangunan rumah kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan di Jalan Habib Sheikh malam tadi.

TAWAU – Seorang lelaki membatalkan hasratnya terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan kedai selepas berjaya dipujuk pasukan bomba dalam kejadian di Jalan Habib Sheikh malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut membantu memujuk lelaki berusia 38 tahun berkenaan bagi mengelak individu berkenaan terjun daripada atas bangunan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.31 malam.

“Seramai tujuh pegawai dan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba terus cuba mendekati lelaki terbabit sebaik tiba di lokasi sebelum memujuk lelaki itu untuk membatalkan niatnya.

“Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pakar psikiatri KKM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI