fbpx

Dua penyamun pecah rumah tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (kiri) menunjukkan barangan yang dirampas polis pada sidang akhbar hari ini.

KUALA LANGAT – Kegiatan jenayah pecah rumah yang dilakukan dua penyamun sejak tiga bulan lalu berakhir selepas dicekup di sekitar Telok Panglima Garang, semalam.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 33 tahun dan 40 tahun ditangkap kira-kira pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh berkata, penahanan mereka susulan laporan polis dilakukan seorang wanita yang merupakan pegawai makmal berusia 38 tahun pada Isnin lalu.

Katanya, mangsa telah kehilangan sebuah komputer riba jenama Asus, tiga unit telefon bimbit dan masing-masing satu loket emas dan pemancu pena serta wang tunai RM2,000 selepas rumahnya di Telok Panglima Garang dipecah masuk individu tidak dikenali.

“Bertindak maklumat, polis kemudiannya menahan dua lelaki tempatan selain merampas sejumlah barangan disyaki hasil daripada kegiatan pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang.

“Siasatan awal mendapati mereka aktif sejak tiga bulan lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, semakan mendapati salah seorang daripadanya mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik manakala seorang lagi hanya satu rekod jenayah.

Tegas Ahmad Ridhwan, polis percaya dengan penangkapan itu berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes pecah rumah di sekitar kawasan Telok Panglima Garang.

Katanya, suspek kini direman dua hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI