fbpx

Virus Lan ya menular selepas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Saintis-saintis di China telah mengenal pasti sejenis virus asal haiwan baharu yang mereka namakan Lan ya dengan kmpulan kes pertama direkodkan di Shandong dan Henan, lapor portal berita New84media semalam.

Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal dunia perubatan, New England Medicine (NEJM).

Saintis-saintis China dan Singapura berkata, virus tersebut boleh menjangkiti manusia.

Simptom pesakit Lan ya termasuk demam, lesu, batuk, anoreksia, mual dan lain-lain.

Sekurang-kurangnya 35 orang telah dijangkiti virus itu. “Simptom klinikal pesakit termasuk demam(100%), lesu (54%), batuk(50%), anoreksia (50%), mual (38%), sakit kepala (35%) dan muntah ( 35%), yang diikuti masalah fungsi hati(35%) dan buah pinggang (8%).

Saintis-saintis menyatakan bahawa penyakit itu menyerupai penyakit Nipah yang merupakan antara virus paling berbahaya di dunia.

Tiada penawar untuk penyakit tersebut manakala kadar kematian adalah antara 40% hingga 75%.

Bagaimanapun semua kes yang dikenal pasti itu tidak menyebabkan kematian atau dikategorikan sebagai serius.

Virus Lan ya ditemui di China. -AGENSI

Saintis-saintis tidak mengesahkan sama ada virus Lan ya boleh berjangkit daripada manusia kepada manusia. – Age

POPULAR