fbpx
Video dari tempat kejadian menunjukkan seorang lelaki menaiki struktur sokongan Tower Bridge. - @crimeldn/Twitter

Tower Bridge London ditutup selepas dipanjat seorang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Polis London terpaksa menutup Tower Bridge buat seketika selepas seorang lelaki memanjat monumen yang terkenal di ibu negara Britain itu, lapor akhbar Daily Star semalam.

“Tower Bridge kini ditutup kepada lalu lintas dan pejalan kaki kerana insiden yang berterusan. Sila cari laluan alternatif,” demikian menurut ciapan Polis London di laman Twitter pada pukul 8.35 malam (waktu tempatan) semalam.

Penutupan jalan itu turut disahkan oleh aplikasi Jambuster yang berkongsi kemas kini pada pukul 8.28 malam (waktu tempatan).

“Tower Bridge (kedua-dua arah) ditutup kerana insiden melibatkan polis,” kata  kemas kini tersebut.

Walaupun polis belum menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku, rakaman menunjukkan seorang lelaki naik ke atas struktur sokongan biru dan putih di sisi jambatan menara itu.

Kelihatan ramai pejalan kaki berkumpul di atas jalan di mana polis telah menghalang mereka daripada melintas. – Agensi

POPULAR