fbpx

Penutupan tarekat, jangan jadikan isu polemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD FIRDAUS Abdul Manaf.

SEREMBAN – Gabungan Tareqat Berdaftar Negeri Sembilan (G-Tariq) berharap isu penutupan Pusat Pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad di Kampung Jawa, Labu di sini tidak dijadikan polemik yang akhirnya mengundang perdebatan dan ketidakharmonian dalam masyarakat.

Pengerusi G-Tariq, Dr. Muhammad Firdaus Abdul Manaf berkata, pihaknya menyerahkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus (JMKNNS) untuk menjalankan tindakan selanjutnya.

“Kita perlu merujuk kepada pihak autoriti agama apabila berhadapan dengan sebarang konflik dan kontroversi.

“Semua pihak seharusnya memahami bidang kuasa masing-masing tanpa menceroboh bidang kuasa pihak lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan JMKNNS menutup pusat pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah yang berpusat di Kampung Jawa, Labu di sini berkuat kuasa 3 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI