fbpx

Bapa rempuh tiga anak selepas undur kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu tidak sengaja melanggar anak-anaknya dan tiga orang lain dengan keretanya di Bronx. – Peter Gerber

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki dari Bandar Raya New York merempuh tiga anaknya dan tiga individu lain selepas mengundurkan kenderaannya secara tidak sengaja dalam satu insiden di Bronx, lapor akhbar New York Post semalam.

Kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan mereka kini dirawat di hospital, kata polis.

Lelaki berkenaan secara tidak sengaja mengundurkan kereta dan tidak menekan brek di jalan East 163rd Street & Prospect Avenue berhampiran Woodstock kira-kira pukul 12.20 tengah hari (waktu tempatan). Dia kemudian merempuh bangunan dan semua mangsa, kata polis.

Dia merupakan bapa kepada tiga kanak-kanak yang dilanggarnya, kata sumber polis.

Semua kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Harlem, manakala mangsa dewasa yang turut dilanggar mendapatkan rawatan di Hospital Lincoln, kata polis.

“Ia benar-benar satu kemalangan,” kata jurucakap polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI