fbpx

Alpine sedia heret Oscar Piastri ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIASTRI (kiri) bakal menggantikan Alonso yang berhijrah ke Aston Martin musim depan, namun dia dilaporkan enggan menerima tawaran berkenaan. – AFP

LONDON – Pasukan Formula Satu (F1) Alpine dijangka mampu berpeluang memperoleh pampasan dari Mahkamah Tinggi London jika pelumba simpanannya dari Australia, Oscar Piastri tetap berkeras enggan menyertai mereka pada musim depan.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh ketua pasukannya, Otmar Szafnauer selepas meng­akui pihaknya bersedia meng­heret Piastri dengan mengambil tindakan undang-undang sebaik sahaja saingan perlumbaan pada Ogos ini berakhir.

Sebelum ini pasukan tersebut mengumumkan Piastri sebagai penganti Fernando Alonso musim depan, namun Piastri menolak bulat-bulat tawaran daripada pasukan Alpine.

Timbul khabar angin menyatakan bahawa Piastri telah mendapat tawaran daripada McLa­ren yang mahukan khidmatnya untuk menggantikan tempat pelumba Australia, Daniel Ricciardo sebaik sahaja berakhir perlumbaan musim ini.

“Kami akan pergi ke Mahkamah Tinggi dan 90 peratus pasti kami akan lakukannya. Jika Lembaga Pengiktirafan Kontrak (CRB) F1 mengatakan lesen Piastri hanya sah untuk Alpine, ia adalah perkara baik.

“Tetapi, jika terdapat perkara sebaliknya berlaku dan Piastri enggan menerima perkara itu untuk berehat setahun tanpa buat apa-apa, maka dia perlu ke Mahkamah Tinggi,” kata Szafnauer.

Alpine dikatakan telah mem­belanjakan berjuta dolar untuk Piastri sebagai persiapan ke sai­ngan F1 termasuk menjalani latihan bebas pada tahun lalu termasuk ujian di Austin, Amerika Syarikat.

Piastri telah menandatangani perjanjian dengan Alpine pada November tahun lalu dan bakal membuat penampilan pertama pada 2023 bersama Alpine.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI